Suatu ketika Plato berbicara dengan gurunya.
Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya menjawab "masuklah ke dalam hutan, pilih dan
ambillah satu batang ranting yang bagimu paling baik,tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang.
Bila kamu sudah memutuskan pilihanmu maka keluarlah dari hutan bersama ranting tersebut"...
maka Plato masuk ke dalam hutan tetapi keluar tanpa sebarang ranting di tangannya.
Gurunya bertanya dan Plato menjawab
"Saya sebenarnya sudah jumpa ranting yang bagus tapi saya berfikir barangkali di depan saya mungkin ada lagi ranting yang lebih baik. Tetapi bila saya berjalan ke depan ternyata ranting yang saya tinggalkan tadi adalah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa sebarang ranting".
Guru itupun berkata 'ITULAH CINTA'
Plato bertanya gurunya lagi apakah itu perkahwinan.
Gurunya menjawab " samalah seperti ranting tadi tapi kali ini kamu haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah ia keluar dari hutan itu..
maka masuklah Plato ke dalam hutan itu dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.
Gurunya bertanya dan Plato menjawab
"saya telah jumpa pohon yang indah daunya, besar batangya tetapi saya tidak dapat memotongnya dan tentulah saya tidak mampu membawanya keluar akhirnya saya tinggalkanya.Kemudian saya terjumpa pohon yang tidak terlalu buruk juga tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak jumpa pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerna saya yakin mampu merawat dan menjadikanya indah".
Lalu guru itu berkata "ITULAH PERKAHWINAN".
Kesimpulannya... Mungkin terdapat banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya di dalam hutan, tetapi pilihan yang tepat itu hanya satu sahaja dan bila terlalu memilih tiada satu pun yang kita dapat. Kerana kesempatan itu hanya datang sekali sahaja dan masa itu tidak pernah berjalan ke belakang...
~wassalam~
No comments:
Post a Comment